Khamis, 3 Februari 2011

BUNDLE NOVEL CINTA-KOD NV 04

CINTA PERTAMA
Penulis : NORHAYATI BERAHIM


KOD : NV 04
HARGA : RM12 (N.P: RM 19.90)
Bil mukasurat : 503m/s
SOLD TO MIMIE

SINOPSIS:
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seseorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan.

Apkah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati...atau memberi ruang pada cinta yang pertamakali mengetuk hati? Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama...terseksa dalam keindahan?


0 ulasan:

Template by:

Free Blog Templates